top of page

Trauma Sepanjang Hayat Akibat Dibuli

Anda pernah menjadi mangsa buli di zaman sekolah atau di tempat kerja?



Mereka yang pernah menjadi mangsa buli bukan sahaja akan menderita, malahan mereka juga akan menjadi trauma yang akan dirasai sepanjang hayat, sehingga menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan seharian.


Kebanyakan daripada mereka ini akan mengalami kesukaran untuk bersosial dengan orang ramai, dan memilih untuk mengurungkan diri.


Kerana hal ini telah menyebabkan mereka beranggapan tiada sesiapa lagi yang boleh dipercayai untuk dijadikan sahabat.


Jika gejala buli ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan pelbagai masalah, antaranya;


• Hilang keyakinan diri

• Prestasi belajar dan kerja semakin merosot

• Selalu tidak hadir ke sekolah/tempat kerja

• Sukar untuk menyesuaikan diri

• Berfikiran negatif terhadap orang lain

• Kemurungan atau stress


Apa yang lebih membimbangkan adalah ianya juga boleh membawa kepada satu kematian sekiranya mereka telah memasuki fasa yang teruk.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page