top of page

Depresi Bukan Gila (DBG) ditubuhkan pada tahun 2017, iaitu selepas kes kematian mendiang Chester Bennington (vokalis kumpulan Linkin Park) yang membunuh diri kerana mengalami masalah depresi. Oleh itu, kami terpanggil untuk menyuarakan isu tersebut yang sekarang ini juga sedang membelenggu sebilangan besar rakyat di negara kita. Kerana pada tahun 2017 juga, statistik mereka yang mengalami masalah mental telahpun dicatatkan pada angka 4.2 juta orang.  

 

Tambahan pula isu ini masih lagi satu isu yang 'taboo' di kalangan majoriti rakyat kita. Ada yang beranggapan bahawa isu ini hanya berkaitan dengan soal spiritual semata. Kerana itulah stigma mereka terhadap pesakit ini tidak berkurangan. 

 

Masalah mental ini bukan hanya merujuk kepada gejala Depression semata. Malahan gejala Schizophrenia, Anxiety Disorder, Bipolar Disorder, Borderline Personality Disorder, Obsessive Compulsive Disorder, serta gejala lain juga turut tergolong di dalam kumpulan penyakit mental. Dan perlu diingatkan, apabila menyentuh soal mental bukan tentu pesakit ini telah disahkan sebagai seorang gila mahupun tidak waras. 

 

Hakikatnya, mereka masih waras. Kerana ada di kalangan pesakit ini sudahpun mempunyai kerjaya hebat mengikut kemahiran dan ilmu mereka. Ada yang bergelar doktor, pegawai perubatan, guru, kakitangan awam mahupun swasta dan ramai lagi. Malahan ada di antara mereka ini lebih pintar jika mahu dibandingkan dengan orang lain di luar sana. 

 

Cuma, penyakit yang sedang dialami mereka itu telahpun menyebabkan kehidupan dan cara kerja mereka sedikit terbatas. Kerana ada yang mudah berasa cemas, atau kata lainnya diserang rasa panik apabila berada di dalam situasi yang memerlukan mereka berdepan dengan orang ramai contohnya. 

 

Pada awalnya, DBG ini cuma wujud hanya sebagai sebuah page di Facebook sahaja, dan bukannya sebagai sekumpulan aktivis seperti yang ada di masa sekarang.

 

Buat masa ini, DBG mempunyai ahli seramai 15 orang, yang rata-ratanya juga datang daripada seorang yang menghidap dan berjuang melawan penyakit yang sama.

 

Antara program yang telah dijalankan iaitu jemputan Program Talk berkaitan isu kesihatan mental yang telah diadakan di beberapa institusi pendidikan, seperti di UiTM Alor Gajah, KUIM, dan yang terbaru di UPSI, Projek Kopi Seremban dan beberapa lagi program secara dalam talian sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

​

bottom of page