top of page

Kesan Kesihatan Mental Terhadap Pelajar


Terdapat banyak cabang kesihatan mental yang buruk yang dapat mempengaruhi pelajar, dari segi akademik dan hubungan interpersonal mereka.


Antaranya adalah dalam bentuk penglibatan akademik mereka ketika di sekolah.


Banyak institusi akademik di serata dunia telah menyatakan pelajar yang mengalami masalah kesihatan mental lebih cenderung untuk tidak mengambil bahagian dalam akademik.


Hal ini kerana mereka mula hilang minat untuk belajar, kurangnya penglibatan dalam bentuk perbualan di antara guru dan juga rakan, serta berlakunya penurunan kehadiran bagi setiap kelas.


Hal ini dapat memberi bayangan bahawa pelajar tersebut berkemungkinan sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental dan juga masalah-masalah lain.


Pelajar yang sedang mengalami masalah ini juga berkemungkinan mempunyai kesukaran dalam memberi tumpuan semasa pembelajaran sedang berlangsung, antaranya;


  • mengambil masa terlalu lama untuk memahami akan sesuatu topik

  • tidak mahu mengambil bahagian secara aktif

  • tidak dapat fokus/beri tumpuan pada tugasan yang telah diberikan


Keciciran lebih tinggi serta kadar pengekalan yang teruk di dalam kalangan pelajar juga turut dikaitkan dengan masalah kesihatan mental.


Pelajar yang bergelut dengan masalah kesihatan mental ini juga lebih cenderung untuk menjadi kurang mesra bersama guru dan juga rakan di sekolah.


Mereka kelihatan tidak berminat untuk membina sebarang hubungan atau persahabatan, serta tidak bermotivasi untuk menglibatkan diri di dalam apa jua aktiviti di sekolah.


Oleh kerana itu, pelajar wajar diajar tentnag kebimbangan kesihatan mental serta gejala yang bakal mereka hadapi. Mereka perlu mengetahui tempat di mana mereka perlu mendapatkan bantuan jika terdapat rakan (termasuk diri mereka) yang sedang memerlukan. Seperti perkhidmatan kaunseling, misalnya.


Guru-guru juga perlu dimaklumkan tentang bagaimana masalah kesihatan mental ini dapat mempengaruhi mereka.


Disamping itu, sumber serta akses yang dapat membantu untuk menyebar-luaskan kefahaman masalah kesihatan mental juga perlu diwujudkan untuk memudahkan para pelajar, guru serta ibu bapa.


Dengan itu, ketakutan terhadap pengasingan atau terpinggir di kalangan pelajar ini dapat diatasi, dan bantuan dapat diberikan dengan awal kepada mereka.


Hal ini amat penting, kerana pelajar-pelajar ini adalah individu yang bakal menjadi pemimpin yang akan menerajui masa depan negara.


Pesanan kami buat adik-adik yang masih belajar, jika terdapat sebarang masalah, segerakan diri untuk meluahkannya kepada ibu bapa atau kaunselor yang ada di sekolah.


Termasuk juga jika anda menjadi mangsa buli dan sebagainya.


Buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami ucapkan selamat maju jaya buat anda semua.

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page