top of page

Kenali Apa Itu Hoarding Disorder

Mesti ada di antara kalian yang gemar mengumpul barangan, kan? Tapi pernah tak anda terfikir, kalau barangan yang dikumpul hingga menyesakkan ruang di dalam rumah, walaupun barangan tu langsung tak pernah diguna, itu akan memungkinkan anda sedang menghidapi masalah Hoarding Disorder.



1 daripada 50 orang rakyat Malaysia cenderung menghidapi masalah Hoarding Disorder.


Hoarding Disorder merupakan salah satu penyakit mental, dimana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk mengasingkan serta membuang barangan-barangan lama, walaupun ia sudah tidak lagi dapat digunakan.


Menurut pakar psikiatri, penyakit ini selalunya bermula seawal usia muda. Dan penyakit ini juga dapat diwarisi sekiranya ia tidak dibendung dengan awal.


Kebiasaannya, penghidap masalah ini akan beranggapan bahawa barangan-barang tersebut berguna di masa hadapan, walaupun ia sudah lama disimpan.


Dan apa yang lebih membimbangkan, penghidap turut mempunyai keinginan untuk menambahkan lagi koleksi barangan tersebut sehingga akan menyesakkan ruang di dalam rumah, walaupun dirinya tahu barangan tersebut akan dibiarkan sahaja tanpa ada apa-apa kegunaan.


Di masa kini, amatlah mudah bagi penghidap ini untuk mendapatkan sesuatu barangan yang diinginkan, tambahan pula segalanya hanya menggunakan sistem dalam talian, seperti aplikasi Shopee misalnya.

55 views0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


bottom of page