top of page

Apakah Penyebab Penyakit Mental?


Tidak dapat dipastikan berkenaan penyebab terjadinya masalah penyakit mental. Kajian masih terus dijalankan bagi tujuan memperinci akan punca sebenar tercetusnya penyakit ini.


Namun, ada beberapa faktor yang boleh menyumbang penyakit mental ini terhadap seseorang.


Faktor Genetik:

Ahli keluarga yang pernah atau mempunyai sejarah berkaitan penyakit mental adalah berisiko tinggi jika mahu dibandingkan dengan individu yang tidak mempunyai sejarah penyakit tersebut.


Gangguan Bahan Kimia Dalam Otak:

Apabila bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental ini akan wujud, contohnya:


  1. Skizofrenia: penghasilan dopamin yang berlebihan.

  2. Kemurungan: paras serotonin terlalu rendah.

  3. Mania: paras serotonin meningkat scara melampau.

  4. Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran serta fungsi noradrenalin.


Jangkitan Virus:

Mengikut kajian, terdapat penyakit yang berlaku akibat dijangkiti virus yang dikaitkan dengan tercetusnya masalah penyakit mental.


Sejarah Hidup:

Antaranya mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan kedua ibu bapa semasa kecil, dan terlalu banyak mengalami kesukaran di dalam kehidupan.


Sosio-Ekonomi Yang Rendah:

Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas serta keganasan di dalam masyarakat juga memainkan peranan dalam peningkatan masalah penyakit mental.

70 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page