top of page

Statistik Kemurungan Semakin Meninggi

Statistik yang telah dikeluarkan memaparkan kadar kemurungan yang membelenggu masyarakat di Malaysia semakin meninggi dan berada dalam situasi yang membimbangkan.



Sudah tiba waktu pihak yang berwajib dapat meningkatkan lagi usaha dalam menggubal strategi dalam membendung masalah ini agar ia tidak berlarutan.


Tidak dinafikan, tekanan emosi yang bakal menjejaskan kesihatan mental dapat menjangkiti segenap masyarakat, tidak mengira siapa sahaja, termasuk golongan mahasiswa dan belia.


Pendekatan tentang bagaimana cara untuk mencegah rasa mahu membunuh diri juga perlu dititikberatkan bagi pelajar di sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi.


Kaunselor dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu bergabung usaha dalam usaha membantu mereka yang didapati mengalami masalah sebegini, terutamanya bagi mereka yang sedang mengalami pelbagai masalah dan tekanan di dalam kehidupan.


Dan bagi masyarakat umum juga, amatlah penting bagi kita mendalami dan memahami akan hal sebegini. Dengan harapan, kita juga dapat membantu menangani masalah ini serta mengurangkan statistik kematian yang berlaku akibat membunuh diri.


Tidak kira siapa pun mereka, mereka harus diselamatkan.

74 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page