top of page

Postpartum Depression : Kemurungan Selepas Bersalin

Writer's picture: Depresi Bukan GilaDepresi Bukan Gila

Kemurungan jenis ini sering terjadi walaupun kita kurang mendengari akan laporan di helaian dada akhbar.


Kerana itu, perlu untuk kita mempelajari dan memahami terntang simptom-simptom kemurungan selepas bersalin agar ianya dapat dikawal dengan lebih awal sekiranya ia berlaku terhadap golongan ibu yang baru sahaja bersalin.


Kebanyakan daripada mereka yang pernah menghidapinya sukar untuk mengawalnya, khususnya golongan ibu muda berusia 20-an (mereka yang berusia 30 tahun ke atas juga boleh mengalaminya).


Mungkin sebelum ini kita cuma beranggapap masalah ini (yang selalu dipanggil meroyan) hanya hal-hal remeh. Ada juga yang mengelarnya sebagai 'baby blues', di mana perasaan murung itu akan berlalu pergi dengan sendirinya


Tidak dinafikan, masalah ini juga termasuk dalam masalah yang serius dan perlu dititikberatkan di dalam masyarakat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin.


Seperti isu-isu yang sering didengari; contohnya penderaan terhadap bayi sebagainya. Lebih menakutkan kerana hal ini juga melibatkan isu kehilangan nyawa.

40 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Kunjungi Laman Sosial Kami
bottom of page