top of page

Oppositional Defiant Disorder

Pernah dengar Oppositional Defiant Disorder (ODD), atau dalam bahasa Melayu, gangguan perilaku?



Tidak mahu mendengar kata, mudah tersinggung, pendendam, mudah berasa marah, mudah berasa kecewa barangkali ianya adalah tanda-tanda gangguan perilaku pada diri anak-anak yang seringkali kita beranggapan ianya adalah suatu hal yang normal.


Gejala ini biasanya berlaku dan ditunjukkan mungkin seawal anak-anak berusia lapan (8) tahun. Namun, gejalanya sangat sukar untuk dibezakan di antara kanak-kanak yang normal yang sedang melalui fasa perkembangan biasa.


Untuk mengetahui sama ada mereka sedang menderita masalah ODD ataupun tidak, psikiatri akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap mereka.


Berikut adalah tanda atau gejala ODD:


HATI MUDAH MARAH ATAU TERSINGGUNG

  • Mudah hilang sabar

  • Terlalu sensitif

  • Mudah rasa terganggu

  • Mudah kecewa

  • Cepat marah



GEMAR MEMBANTAH

  • Selalu berdebat atau melawan kata orang tua

  • Sering menentang permintaan/peraturan

  • Gemar mengganggu orang lain

  • Gemar salahkan orang lain atas kesilapan sendiri


PENDENDAM

  • Sering menunjukkan sikap pendendam dan dengki terhadap orang lain


Antara punca-punca yang boleh dikaitkan dengan ODD ini masih belum dikenalpasti secara terperinci, namun ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:


  • Faktor biologi

  • Faktor psikologi

  • Faktor sosial


Dimana ia akan memberikan beberapa komplikasi terhadap mereka yang mengalaminya, antaranya:


  • Anti-sosial

  • Prestasi belajar makin merosot

  • Cenderung menggunakan bahan berbahaya

  • Memb*n*h diri


Selain itu, ODD juga memiliki gangguan kesihatan yang lain, iaitu:


  • ADHD

  • Selalu berasa cemas

  • Gangguan berkomunikasi dan pelajari sesuatu

  • Tekanan perasaan


35 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page