top of page

Murung Dalam Senyum: Tanda Kemurungan Yang Sering Diabaikan

Apa itu kemurungan senyum?


Ia sebenarnya adalah dimana mereka yang menghidap masalah kemurungan, tetapi tidak menunjukkan apa-apa tanda kemurungan tersebut


Sama seperti kemurungan yang biasa didengari, kemurungan senyum itu juga tidak mengenal siapapun mangsanya.


Mungkin, kita juga boleh menghidapinya. Tidak mengira umur, jantina ataupun darjat seseorang.


Malahan, mereka yang sedang mengalaminya juga tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang bergelut dengan masalah tersebut.


Tidak seperti kemurungan biasa, murung dalam senyum ini tiada apa-apa tanda awal yang amat ketara.


Kita boleh sentiasa senyum dan langsung tidak berasa tertekan. Malahan, ada di antara kita cuba untuk menafikan yang kita sedang mengalami masalah kemurungan.


Salah satu tanda kemurungan dalam senyum ini adalah memb*n*h diri. Pernahkah anda mendengar berita mereka yang kelihatan ceria memb*n*h diri secara tiba-tiba?


Ya, secara tiba-tiba. Dan itu amat merbahaya kerana tiada tanda-tanda awal yang ditunjukkan.


Kerana itulah kesedaran berkenaan masalah kesihatan mental ini amat penting untuk kita fahami.


Segera dapatkan rawatan tanpa ada sedikit rasa malu seandainya kita mempunyai tanda-tanda yang menjurus kepada permasalahan ini.


Pun begitu, bagi kebanyakan orang, terma masalah kesihatan mental ini dipenuhi dengan konsep salah faham. Kerana rata-rata daripada kita sering mengaitkan masalah kesihatan mental ini dengan keadaan gila mahupun tidak waras.


Oleh kerana itulah mengapa begitu ramai pesakit berasa takut untuk segera mendapatkan rawatan, hasil tanggapan dan sikap prejudis orang di sekeliling.


Dan lama-kelamaan jika ia tidak dirawat, hasilnya yang akan kita dengar adalah berita-berita yang amat menyedihkan.


Disebabkan itu, mengapa perlunya kita untuk mempelajari tentang masalah kesihatan mental ini bagi mengurangkan apa jua persepsi. Bimbang ada di antara mereka yang mengalaminya adalah di kalangan ahli keluarga kita sendiri.

174 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page