top of page

Kesedaran & Kepentingan Kesihatan Mental

Setiap individu di sesebuah negara mungkin akan terdedah dengan masalah kesihatan berkaitan mental tanpa mengira usia dan jantina.



Oleh kerana itu, betapa pentingnya untuk kita mempelajari bagi mempertingkatkan kesedaran dalam diri agar kita dapat menanganinya dengan baik sekiranya berlaku kepada diri dan orang yang tersayang.


Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan juga sosial, yang akan mempengaruhi cara berfikir, merasa dan juga bertindak.


Kesihatan mental juga adalah keadaan dimana seseorang individu menyedari tahap keupayaannya, mengatasi tekanan normal seharian, dapat bekerja dengan proaktif, bermanfaat, serta mampu memberikan sumbangan kepada komuniti.


Penyakit mental boleh berlaku menerusi pelbagai bentuk, sama ada ringan yang cuma akan menyebabkan kecelaruan terhad dalam kehidupan seharian, atau yang berat iaitu tahap dimana seseorang memerlukan rawatan hospital dan sokongan perubatan.


Hal ini terjadi akibat berlakunya perubahan di dalam rutin kehidupan, gangguan pemikiran, emosi, mahupun tingkah laku seseorang.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental, antaranya;


• pengalaman hidup yang teruk seperti pernah didera dan serangan seksual yang akan menyebabkan trauma

• pengalaman berkaitan penyakit kronik yang berterusan

• faktor biologi (bahan kimia dalam otak tidak seimbang)

• pengambilan alkohol atau dadah

• kurang pendedahan dan interaksi sosial

• mempunyai rasa kesepian atau disisihkan

• sejarah kelurga yang pernah menghidapinya


Terdapat 4 jenis penyakit umum berkaitan metal, iaitu;


• kemurungan atau depresi

• keresahan

• kecelaruan bipolar

• skizofrenia


Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat mempunyai persepsi negatif terhadap penyakit mental dan isu yang berkaitan dengannya.


Perbuatan melabel seseorang itu sebagai gila, tidak stabil, bahaya, ganas, mengada-ngada dapat menyumbang kepada hal yang lebih buruk terhadap mereka yang menghidapinya.

40 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page