top of page

Hukuman Terhadap Anak Boleh Menjadikan Mereka Alami Trauma

Menakutkan-nakutkan mereka mungkin terlihat lucu, namun pada hakikatnya tanpa sedar ia boleh meninggalkan kesan trauma terhadap anak-anak.



Pelbagai peristiwa yang menakutkan, berbahaya serta ganas yang terjadi pada anak-anak dapat meninggalkan kesan dan menyebabkan mereka menjadi trauma.


Prank Terhadap Anak-Anak


Sesekali kita pasti terlihat akan posting-posting di laman sosial, dimana ada sesetengah ibu bapa membuat 'prank' terhadap anak mereka.


Terlihat lucu, bukan?


Mungkin adakalanya dengan melakukan prank atau menakut-nakutkan anak itu dapat membantu mereka mendengar kata.


Namun tanpa kita sedar, kebarangkalian rasa takut pada diri anak itu akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa kelak.


Adakalanya prank yang dilakukan itu atas dasar mahu mendidik, bertukar menjadi sesuatu hal yang memalukan anak-anak anda sehinggakan mereka menjadi trauma, bimbang hal tersebut akan menjadi bualan orang ramai di sekitarnya.


Mereka akan sentiasa dibelenggu rasa takut, hilang keyakinan diri atau trauma, yang bakal mengubah cara hidup serta kelakuan mereka.


Menyebut soal trauma, berikut adalah situasi-situasi yang memungkin hal ini boleh berlaku:


• Penyalahgunaan atau pengabaian fizikal, seksual dan psikologi.

• Bencana alam atau peperangan.

• Keganasan dalam keluarga atau komuniti.

• Kehilangan orang yang tersayang.

• Kemalangan.


Tatkala mereka berada di dalam situasi ketakitan yang keterlaluan, bimbang akan tercedera atau melihat kejadian keganasan, mereka mungkin akan menunjukkan tanda-tanda tekanan yang traumatik.


Sekiranya anak anda sedang/pernah mengalami trauma, berikut adalah beberapa cara untuk membantu mengurangkan rasa tersebut terhadap anak-anak:


• Jauhkan mereka dari tempat kejadian dimana tempat tercetusnya rasa trauma tersebut.

• Sentiasa cuba membuktikan bahawa mereka akan berasa selamat.

• Biarkan mereka bersosial dan bergaul dengan dunia luar, berbanding membiarkan mereka mengurung diri di rumah.

• Alihkan perhatian mereka daripada memikirkan soal trauma kepada sesuatu yang dapat menyeronokkan mereka. Bercuti misalnya.

• Berikan bantuan psikologi.

• Teruskan beri mereka sokongan.

29 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page