top of page

Bipolar Disorder: Emosi Dua Kutub

Bipolar merupakan satu gangguan tersembunyi dan mampu memberi ancaman dalaman terhadap diri seseorang, walaupun pada luarannya tampak sihat.



Mengalami minda yang bercelaru, fikiran yang tidak tenang dan gusar dalam menguruskan diri adalah antara simptom lazim dihadapi oleh orang yang menghidapinya.


Akibatnya, seseorang itu akan berlaku perubahan emosi yang sangat drastik. Sama ada terlalu sedih atau sebaliknya.


Dan apa yang lebih membimbangkan adalah ia dapat menjadi lebih parah apabila individu tersebut gagal untuk mengawal perubahan yang berlaku pada dirinya.


Untuk makluman, Bipolar ini adalah salah satu penyakit, namun ramai di antara masyarakat menganggap ia bukanlah satu bebanan yang perlu dirisaukan.


Hal ini terjadi kerana cuma melihat dari sudut fizikal, stigma bahawa penghidap Bipolar ini hanyalah individu yang kelihatan pelik.


Hakikatnya, mereka yang menghidap penyakit ini sama sahaja seperti kita. Sebolehnya mereka juga tidak mahu diberikan ujian sebegiti rupa.


Terdapat beberapa jenis gangguan Bipolar ini, iaitu Bipolar I dan Bipolar II.


Bipolar I merujuk kepada gangguan mania. Manakala Bipolar II pula merujuk kepada dua (2) jenis gangguan, iaitu kemurungan dan hypomania atau mania.


Mania bermaksud gangguan emosi yang akan menyebabkan pesakit mengalami perasaan gembira yang melampau, mudah berasa marah atau bertenaga dan memiliki banyak idea.


Dan dalam masa yang sama, mereka turut mengalami tanda-tanda seperti kekurangan tidur, fikiran yang laju, banyak bercakap, peningkatan keyakinan diri serta fokus fikiran mudah terganggu.


Seseorang itu dikira mengalami keadaan mania hanya apabila berada dalam keadaan tersebut secara berterusan selama lebih dari satu (1) minggu.


Manakala hypomania pula merujuk kepada keadaan yang sedikit kurang teruk berbanding mania, dimana gejalanya berlaku dalam tempoh yang singkat, iaitu empat (4) ke tujuh (7) hari.


Sebahagian pesakit ini juga turut mengalami fasa kemurungan dalam masa yang sama.


Gejala kemurungan dalam Bipolar ini sama seperti kemurungan yang dihadapi oleh pesakit MDD ( Major Depressive Disorder), dimana seseorang itu akan mengalami perasaan sedih yang berlarutan, kehilangan sesuatu minat, gangguan pada selera makan serta gangguan fikiran seperti keinginan untuk mencederakan diri atau berputus asa.


Namun bagi pesakit Bipolar, dalam masa yang sama mereka turut mengalami episod mania atau hypomania.


Simptom Penyakit Bipolar


Fasa Mania

  • Mempunyai keyakinan tinggi

  • Terlalu aktif

  • Kurang tidur yang ketara

  • Kurang selera makan/berat badan

  • Bercakap dengan laju

  • Terlalu banyak idea

  • Tidak dapat fokus

  • Gemar beraktiviti terlalu banyak dan berlebihan (hingga dapat mencederakan diri)

  • Gemar berbelanja secara berlebihan

  • Mudah menjadi agresif


Fasa Kemurungan

  • Merasa sedih (beranggapan tiada harapan)

  • Hilang minat dalam perkara yang disukai

  • Sukar untuk tidur

  • Tidak bertenaga

  • Fikiran selalu negatif

  • Mudah merasa bersalah/hilang keyakinan diri

  • Merasakan hidup tidak bermakna

  • Jika kronik, idea untuk memb*n*h diri mula muncul


Segera dapatkan rawatan yang sewajarnya jika anda mengalami simptom-simptom tersebut. Seperti penyakit mental yang lain, Bipolar ini juga mampu menjejaskan kehidupan seseorang, seperti pekerjaan dan juga gaya hidup.


75 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page