top of page

B*n*h Diri Di Kalangan Masyarakat

Updated: Nov 12, 2022

Di zaman sekarang, isu kematian akibat memb*n*h diri seakan tidak lagi asing di kalangan masyarakat dunia, khususnya Malaysia.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih daripada 700 000 kes kematian dilaporkan pada setiap tahun, iaitu 1 kes bagi setiap 40 saat.


Kes ini bukan sekadar melibatkan mereka yang menghidapi masalah kesihatan mental seperti depresi, malahan sesiapa sahaja boleh melakukan hal yang sama.


Pada tahun 2019, telah dilaporkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-126 berdasarkan statistik yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. Iaitu pada kadar 5.7 orang daripada 100 000 orang yang memb*n*h diri.


Kadar kes di kalangan lelaki lebih tinggi berbanding wanita, iaitu dengan kadar 8.9 berbanding wanita yang hanya 2.3.


Pun begitu, kaum wanita lebih cenderung dalam percubaan memb*n*h diri berbanding lelaki.


Punca B*n*h Diri


Antara faktor penyebab utama mereka melakukan hal tersebut adalah mereka yang mengalami tekanan (stress) yang terlalu tinggi hingga mereka berasa berputus asa untuk meneruskan kehidupan.


Hal ini kerana, mereka beranggapan dengan jalan itu sahaja dapat menghentikan kesakitan dan penderitaan yang sedang dialaminya.


Kesimpulannya, kempen kesedaran kesihatan mental perlu diperhebatkan lagi, dengan harapan dapat mendidik masyarakat agar lebih cakna tentang isu-isu sebegini.


Setiap masyarakat perlu memainkan peranan dalam mengelakkan kes-kes sebegini terus berleluasa.


Apa yang dapat kita lakukan adalah sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.


Jika tidak mampu, berdiam tanpa perlu melemparkan apa-apa stigma terhadap mereka yang membolehkan peningkatan kes b*unuh diri ini semakin menjadi-jadi.


Kepada mereka yang sedang menghadapinya, jangan mudah berputus asa. Teruskan saja perjuangan. Kerana memb*n*h diri ini bukanlah satu jawapan mutlak untuk menyelesaikan masalah.

62 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page