Depression Anxiety Stress Scale (DASS) adalah ujian saringan bertulis bagi mengetahui tahap kemurungan, kerisauan dan stress yang sedang dialami oleh seseorang.
Dengan adanya ujian saringan ini, anda boleh membuat penilaian tentang status kesihatan anda, sama ada anda mengalami stress, kebimbangan ataupun kemurungan.
![](https://static.wixstatic.com/media/484e4d_475d7b54de1a4ff2ae78b2a38cbccb63~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/484e4d_475d7b54de1a4ff2ae78b2a38cbccb63~mv2.jpg)
Cara Mengambil Ujian DASS
Anda perlulah menanda pada skala yang disediakan, iaitu keadaan anda pada dua (2) minggu yang lepas.
• Ujian saringan ini mengandungi 21 buah soalan yang perlu dijawab semuanya.
• Setiap soalan diikuti dengan empat (4) buah jawapan, iaitu tidak pernah, jarang, kerap dan sangat kerap.
• Setiap semua soalan yang disediakan hanya dengan menandakan satu (1) jawapan sahaja mengikut keadaan anda pada dua (2) minggu yang lepas.
Ujian Saringan Minda Sihat (Online)
Klik link dibawah untuk memulakan ujian DASS secara dalam talian.
Ujian Saringan Minda Sihat (Manual)
Keputusan Ujian DASS
Keputusan ujian akan dihantar melalui e-mel atau diberikan secara terus selepas anda menyelesaikan semua soalan.
Ujian ini adalah untuk saringan kesihatan minda. Setiap individu perlulah menghubungi pakar perubatan mahupun kaunselor sekiranya keputusan ujian tersebut mempunyai skor kesihatan minda yang tidak sihat.
Comments