top of page

Apa Itu Depresi?

Depresi atau kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi yang dapat membuatkan seseorang penghidap itu mengalami tekanan perasaan.



Ianya sering merasakan beban yang berat, atau mengalami rasa kesedihan yang melampau.


Kemurungan juga dapat memberi kesan gangguan mental yang serius jika seseorang itu tidak mendapatkan rawatan lebih awal.


Apabila masalah atau beban datang bertalu-talu, ditambah pula dengan ketiadaan sokongan daripada orang-orang terdekat khususnya keluarga, maka akan terjadi gangguan-gangguan sebegini yang boleh memberi ancaman terhadap individu tersebut mahupun orang lain.


Punca Kemurungan


Setiap orang yang mengalami kemurungan ini mempunyai sebab danaktor yang berbeza. Bergantung pada situasi yang dialami oleh seseorang itu.


Misalnya mempunyai sejarah kemurungan di dalam keluarga, ataupun gangguan tekanan (trauma). Keletihan melampau, masalah kewangan, kehilangan/kematian orang yang tersayang, perubahan yang berlaku pada hormon juga kesan daripada pengambilan ubat-ubatan juga dapat menyebabkan masalah kemurungan ini berlaku.


Tanda Dan Gejala Kemurungan


• Hilang minat terhadap perkara yang sebelum ini disukai.

• Berasa sedih serta kesunyian yang melampau.

• Mudah menangis atau menangis tanpa sebab.

• Berasa tidak bersemangat, hilang daya atau tenaga.

• Sentiasa rasa bersalah serta kehilangan keyakinan diri.

• Hilang atau perubahan pada selera makan yang ketara.

• Perubahan waktu tidur atau sukar untuk tidur.


Stigma Masyarakat


Sebahagian daripada masyarakat kita sering mengaitkan masalah ini dengan masalah spritual semata (iman khususnya) tanpa usul periksa terlebih dahulu.


Hal ini akan membuatkan keadaan seseorang itu menjadi lebih teruk kerana tidak mendapatkan atau lewat untuk membuat rawatan yang sepatutnya.


Oleh itu, setiap daripada kita perlu bersama-sama mendidik masyarakat mengenai kesedaran kesihatan mental demi membasmi budaya mentaliti sebegini, sekaligus memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang agar dapat tampil mendapatkan rawatan yang sewajarnya.


Dengan adanya kesedaran ini, mereka yang terjejaa dapat merasakan perasaan dan kesakitan yang sedang dialami itu adalah 'valid' dan tak perlu disembunyikan.


Depresi atau kemurungan ini mampu menyerang siapa sahaja, tidak mengira sesiapa pun.


Jika anda berasa tertekan atau tidak dapat mengawal emosi dengan sebaiknya, segeralah dapatkan rawatan, atau menghadiri sesi kaunseling bersama pakar yang bertauliah.

58 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


Muhammad Fadzil
Muhammad Fadzil
Nov 09, 2022


Like
bottom of page