top of page

Apa Itu ADHD?

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau dalam bahasa Melayu, Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif.



Ianya tidak terhad pada kekurangan perhatian dan hiperaktif semata. Kecelaruan minda ini mampu memberikan kesan terhadap aktiviri kehidupan seharian bagi sesetengah individu yang menghidapinya.


ADHD merupakan keadaan neurodevelopmental yang mempengaruhi fungsi eksekutif pada bahagian otak, yang akan memberi impak besar terhadap gaya berfikir, pemprosesan emosi serta tindak balas penghidap terhadap persekitaran.


Jika seseorang itu berasa terdapat simptom-simptom ADHD pada dirinya, amat disarankan agar terus berjumpa dengan pakar psikologi klinikal mahupun doktor psikiatri bagi mendapatkan penilaian serta diagnosis secara sah.


Antara simptom ADHD adalah:


  • Inattentive (sukar untuk fokus)

  • Hyperactivity (hiperaktif/tenaga berlebihan)

  • Impulsivity (impulsif/cenderung untuk bertindak melulu)


Pun begitu, tidak semestinya mereka yang mempunyai simptom-simptom ini mempunyai ADHD. Kerana ia juga mempunyai simptom yang sama seperti kemurungan, Anxiety (gangguan kecelaruan kebimbangan melampau) serta banyak lagi.

43 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page