top of page

Anda Overthingking?

Overthingking adalah satu proses serta gaya dalam berfikir, dan ia adalah satu perkara yang boleh dibentuk dan diubah oleh setiap individu.



Sepertimana kesihatan fizikl yang memerlukan proses senaman untuk kekal sihat, begitu juga fikiran supaya kekal positif.


Berfikir secara berlebihan biasanya terjadi mengikut beberapa situasi, seperti situasi yang telah - sedang - dan yang bakal berlaku.



Menyebut soal overthingking, pasti kita semua sering mendengarnya atau pernah mengalaminya.


Walaupun ada kajian telah menunjukkan bahawa golongan wanita lebih cenderung untuk overthingking berbanding lelaki, hakikatnya sama sahaja kerana setiap individu tidak mengira jantina tidak dapat lari dari masalah ini.


Dan ini sering terjadi apabila kita sedang memikirkan hal-hal yang begitu penting bagi diri kita.


Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu overthingking:


  1. Selalu beranggapan orang di sekeliling sedang marah atau tidak suka pada diri kita.

  2. Selalu memberi kritikan pada diri sendiri.

  3. Sering memikirkan tindakan kita bakal memalukan diri sendiri.

  4. Sentiasa risau tentang perkara yang mungkin tidak dapat dikawal.


Kesimpulannya, overthingking itu tidaklah menjadi kesalahan, cuma ianya perlu dikawal demi kebaikan seseorang individu.

79 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page