top of page

424,000 Orang Kanak-Kanak Bergelut Masalah Kesihatan Mental

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan anak-anak kita berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental mereka.



Pun begitu, mungkin ada hal-hal yang buat kita terlepas pandang, yang memungkinkan mereka mengalami masalah kesihatan, khususnya soal kesihatan mental ini.


Kita tidak tahu apa yang mereka alami ketika mereka berada di sekolah. Barangkali ada di antara mereka menjadi mangsa buli dan sebagainya. Juga tekanan dalam mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran.


Jangan terkejut apabila mengetahui statistik kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan mental ini adalah seramai 424,000 orang (sumber: BH Online) yang memberi gambaran masalah ini satu epidemik di negara kita.


Sebanyak 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakkannya berlaku tanpa dapat dikesan serta tidak mendapatkan rawatan.


Dalam 50 peratus, masalah ini bermula seawal mereka berusia 14 tahun dan 75 peratus pula bermula seawal umur 20-an.


Pencegahan ini seharusnya bermula dari seawal bayi, dan ibu bapa disarakan agar dapat memainkan peranan penting bagi memastikan kesejahteraan mental kanak-kanak ini dapat dijaga termasuk juga memberikan mereka persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang.


Kanak-kanak amat memerlukan persekitaran yang baik dan selamat, penuh dengan kasih sayang supaya mereka berasa tenteram dan selamat dengan adanya sistem sokongan daripada keluarga.


Pengawasan yang minima juga dapat memberi kesan positif terhadap mereka, dengan adanya ruang untuk bermain bersama rakan sebaya, selagi ianya tidak mempengaruhi minda untuk ke arah yang negatif. Disamping dapat memupuk keyakinan diri terhadap diri mereka.


Tidak dinafikan mungkin pada waktu ini, ramai di kalangan anak-anak kita membesar dalam suasana yang tidak seharusnya mereka alami, seperti kekurangan sokongan emosi misalnya.


Tambahan pula dengan ketiadaan ibu bapa di rumah atas faktor sibuk bekerja, punya keluarga bercerai-berai dan sebagainya.


Perbualan secara sihat juga seharusnya dipupuk antara anak-anak dan ibu bapa, agar dapat berkongsi apa jua permasalahan yang sedang dialami.


Jika kita sebagai ibu bapa tidak mahu memberikan ruang kepada mereka untuk meluahkan rasa kebimbangan atau berkongsi masalah, bimbang mereka akan terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sihat, dengan alasan mahu hilangkan stress.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page