top of page

Siapa DBG?

Ada sebab kenapa aku pilih orang-orang tertentu untuk dimasukkan ke dalam DBG. Walaupun bukan majoritinya berada dalam bidang psikologi dan kaunseling.


Dalam kalangan kami, ada yang datang dari bidang peguam, sains dan kimia, art dan penulisan serta muzik.


Kerana tujuan aku bukan sekadar nak beri awareness tentang mental health, tapi nak bina satu komuniti yang dapat berikan sesuatu kepada masyarakat.


Termasuk juga nak bina keyakinan diri masing-masing, yang rata-ratanya adalah seorang/bekas pesakit.


Seperti guaman, mungkin dapat berbakti pada mereka di luar sana yang hidupnya tidak terbela dari segi undang-undang.


Seperti yang kita tahu, ada yang menjadi penghidap kerana pernah menjadi mangsa buli, penderaan dan sebagainya.


Dari situ kita boleh lihat undang-undang akta mana yang boleh digunapakai bagi memberi pembelaan kepada nasib dan kehidupan mereka.


Dalam sains dan kimia pula, sekarang terlalu banyak produk kesihatan yang dikeluarkan, yang menyakinkan orang ramai untuk membelinya atas faktor dapat memberi kesembuhan dan sebagainya.


Dalam bidang seni dan muzik, aku nak cuba bawakan kaedah healing/coping berdasarkan art, muzik dan penulisan bagi dapat meredakan sedikit kecamukan yang ada di fikiran setiap orang.


Dalam hidup ni, selain beribadah, kita juga perlu sedikit hiburan.


Asalkan ianya ada batasan.


Aku percaya, ramai yang ada bakat menulis novel, menulis skrip dan mencipta lagu dari kalangan pesakit ini. Cuma bakat yang ada dalam diri mereka tenggelam dek kesakitan yang mereka alami.


Termasuk juga dari segi meluahkan setiap apa yang ada di dalam fikiran mereka.


Ya.


Sebab tak semua orang punya kesudian untuk menghulurkan telinga mereka.

24 views0 comments

Comments


bottom of page