top of page

Review: Sweet Home (Netflix Series 2020)


Untuk segala kesakitan dan keperitan yang bertahun lamanya dipendam, adalah menjadi hak kita untuk membuat pilihan.


Sama ada menukarnya menjadi sebuah hal yang mampu memberikan manfaat terhadap diri dan persekitaran, mahupun menjadikan ia sebagai bahan pemusnah, 'monster', yang dapat membinasakan diri kita dan juga orang lain.


Ya. Segalanya bergantung atas pilihan yang kita inginkan.


Rata-rata kita sentiasa mendengar akan berita-berita yang kurang enak didengar, seperti penderaan, pembulian dan sebagainya atas faktor dendam akibat kemarahan yang dipendam.


Kita juga ada mendengar akan hal-hal dimana seseorang yang dahulunya hidup dalam kesukaran, dan kini bangkit serta bertungkus-lumus membantu orang lain... dengan harapan orang itu tidak mengalami nasib seperti dirinya.


Walaupun ada tikanya, terasa diri seperti diperalatkan walau kita sudah bermati-matian, teruskan sahaja tanpa perlu mengharapkan apa-apa perhatian atau balasan.


Asalkan ia dapat melegakan sedikit perasaan, asalkan ia dapat meredakan apa yang ada di benak fikiran, itu sudah mencukupi.


Bagi aku sendiri, monster yang disebutkan menerusi drama siri Sweet Home di saliran Nexflix ini, mungkin adalah perasaan. perasaan marah, dendam, kecewa... yang kita pendam.


Jika kita tidak mampu untuk mengawalnya, ia boleh bertukar menjadi senjata yang mampu memusnahkan diri kita sendiri (dan juga orang lain).

8 views0 comments

Comments


bottom of page