top of page

Kelebihan Seorang Introvert


Personaliti seseorang bukanlah suatu hal yang dpaat diada-adakan. Ianya datang secara semulajadi, berdasarkan watak seseorang, cara dibesarkan, juga sifat dalaman yang ada pada diri kita semua.


Personaliti ini juga dapat dipengaruhi oleh genetik daripada kedua ibu bapa. Seperti Introvert misalnya.


Kebanyakan orang akan menilai mereka yang Introvert ini sebagai individu yang tidak menarik, kurang bersosial serta membosankan jika mahu dibandingkan dengan personaliti yang lain.


Tapi, adakah anda tahu terdapat kelebihan yang ada pada seorang Introvert?


Berikut adalah beberapa kelebihan mereka.


PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING


Seorang Introvert kebiasaannya sangat peka terhadap keadaan di sekeliling mereka. Disebabkan personaliti mereka yang berada di luar kepopompong manusia lainnya, ia memberikan perspektif yang berbeza serta memberi ruang bagi mereka membuat pemerhatian yang berharga.


Hal ini sangat membantu mereka terutamanya di dalam tugasan yang melibatkan hal-hal kreatif serta dalam menyelesaikan masalah seperti yang terdapat di dalam diri seorang pelukis, pemuzik dan juga penulis.


SEORANG YANG KREATIF


Dalam proses mengisi serta memenuhkan jiwa mereka, Introvert amat memerlukan masa untuk bersendirian. Bersendiri dalam mencari dan memperoleh kreativiti.


Seperti yang telah dinyatakan seorang ahli Psikologis, Mihaly Csikszentmihalyi, mereka yang kurang meluangkam masa untuk bersendiri lebih sukar untuk mengembangkan kemahiran kreatif mereka.


Dan ini dibuktikan dimana seorang pelukis dan penulis lebih mudah melakukan tugasan mereka apabila bersendirian, berbanding ketika berada di dalam kumpulan.


MENGECAS DIRI SENDIRI (SELF HEALING)


Bagi Introvert, mereka mempunyai keupayaan untuk mengecas diri mereka apabila bersendirian, jika mahu dibandingkan dengan mereka yang berpesonaliti Extrovert, dimana mereka memerlukan kehadiran orang lain untuk mengembalikan tenaga sosial mereka.


MEMILIKI RAKAN BERKUALITI


Tidak dinafikan, Introvert amat mementingkan rakan yang berkualiti, walaupun bilangannya tidaklah begitu ramai.


Mungkin dapat dihitung dengan menggunakan jari.


Bagi mereka, kualiti itu lebih penting berbanding kuantiti. Tak perlu nak hadap pelbagai kerenah dan drama orang lain.


GEMAR BERADA DI BELAKANG TABIR


Golongan Introvert ini kebiasaannya lebih gemar berada di belakang tabir, terutamanya apabila menjalankan sesuatu tugasan.


Berbanding dengan personaliti yang lain, seperti golongan Extrovert yang terlihat lebih menonjol ketika menjalankan setiap tugasan.


Akan tetapi, kedua-dua personaliti ini amat bergantung antara satu sama lain bagi menjaya dan menyelesaikan akan perkara yang sedang mereka lakukan.

38 views0 comments

Comments


bottom of page